Majlis penyampaian wang sagu hati kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), balu, dan warga emas berumur 80 tahun ke atas telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2025 jam 3.00 petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haridas, Pegawai Penyelaras Khas Kaum India Parlimen Pulai, yang mewakili YB Ahli Parlimen Pulai.
Seramai 20 orang penerima telah hadir, terdiri daripada ahli-ahli PERIM yang uzur dan memerlukan, di mana setiap seorang menerima sumbangan wang sagu hati sebanyak RM100.
umbangan ini merupakan hasil peruntukan yang telah disalurkan oleh YB Ahli Parlimen Pulai dan YB Ahli Parlimen Iskandar Puteri, sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada kebajikan bekas anggota veteran serta ahli keluarga mereka.
Semoga usaha murni ini akan terus menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus menyantuni golongan warga emas, OKU, dan balu dalam komuniti kita.










