cropped-logo-perim-150x150

PERSATUAN VETERAN INDIA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

மலேசிய இந்தியர் முன்னாள் முப்படை வீரர்கள் சங்கம்

25 Jul, - JOHOR Majlis makan tengahari telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Jagaan Warga Emas dan Kanak-Kanak Shaloma Ria, Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh seramai 20 orang dewasa kurang upaya, 22 orang kanak-kanak kurang upaya, serta 12 orang anggota Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM) Johor, termasuk beberapa anggota kurang upaya.

Hidangan tengahari yang disediakan pada jam 1.45 Petang sangat menyelerakan dan lebih istimewa kerana ia disajikan secara tradisional menggunakan daun pisang — satu pengalaman baharu buat penghuni di sini. Ramai yang menyatakan bahawa ini adalah kali pertama mereka dapat menikmati hidangan sebegitu, dan menyuarakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas keprihatinan yang ditunjukkan.

Seluruh ahli PERIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian semua pihak hadir dalam program makan tengahari bersama 42 orang anggota kurang upaya. Kehadiran dan sokongan anda semua telah menjadikan majlis ini sangat bermakna dan berjaya.

Pengerusi PERIM Negeri Johor ingin mengucapkan terima kasih khas kepada Tuan Thanabalan, Pengerusi PERIM Selangor Baharu, serta ahli-ahli PERIM Selangor yang turut hadir. Kehadiran beliau telah menyerikan majlis dan disambut dengan penuh kemeriahan dan hormat.