logo-perim
No 416G, Jalan Sultan Azlan Shah, Bt 2 1/2 Jalan Ipoh , Sentul 51200 Kuala Lumpur WPKL
info@perim.org
011-69371464
Follow Us
blogs
Home » JOHOR  »  Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-17 PERIM Johor
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-17 PERIM Johor
22 Februari 2026 - WISMA PERIM Johor, Simpang Pulai

Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Johor telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-17 bertempat di Wisma PERIM Johor dengan kehadiran ahli-ahli serta tetamu jemputan khas.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, yang turut menyampaikan amanat serta sokongan berterusan kepada para veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Mejar Johadi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia Johor; Mejar (B) Shanmugam, Presiden Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia; Datuk Ganesan, Timbalan Presiden persatuan merangkap Pengerusi Koperasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia Berhad Perak; Encik Yogenathan, Setiausaha Agung persatuan; Lt. Kdr (B) Hanafiah, YDP PVTLDM Negeri Johor; Mejar Ranney; Tuan Perumal; Tuan Murud selaku Pegawai Khas kepada YB Hassan Karim; barisan AJK PERIM Johor serta ahli-ahli dan jemputan lain.

AGM kali ini membincangkan hala tuju persatuan, kebajikan ahli serta perancangan aktiviti bagi memperkukuhkan perpaduan dan kesejahteraan veteran di negeri Johor.

Majlis berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat muhibah dan kerjasama.