
AHLI PENGASAS PERIM KEBANGSAAN
Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM) pada awalnya telah ditubuhkan sebagai ‘Kelab Bekas Perajurit India Malaysia’ oleh 38 orang Bekas Perajurit India Angkatan Tentera Malaysia pada 12 November 2006 di ‘Young Men’s Christian Association’ (YMCA), Brickfields, Kuala Lumpur. Tujuan utama penubuhan PERIM adalah untuk mengeratkan ‘Semangat Setia Kawan (esprit de corps) dan Silaturahim di kalangan Bekas Perajurit India Angkatan Tentera Malaysia.
PERIM telah didaftarkan secara rasmi di bawah undang-undang ‘Pendaftar Persuruhan Malaysia’, (Nombor Sijil: 015 – 08 - SEL) pada 30 Januari 2008 dengan Mej Bhawanin A/L Jogologon (B) sebagai Presiden pertama. PERIM seterusnya telah dinaik tarafnya sebagai satu ‘Persatuan’; iaitu ‘Persatuan Bekas Angkatan Tentera India Malaysia’ mulai 14 Disember 2009. Nama, stuktur, fungsi dan peranan PERIM telah mengalami perubahan dan dikenali sebagai ‘Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia’ (Malaysian Armed Forces Indian Veteran Association) mulai 21 September 2012 selaras mendokong fungsi dan peranan ‘Jabatan Hal Ehwal Veteran Malaysia’ (JHEV). Kerajaan Malaysia telah mewartakan AKTA Veteran 2012 (AKTA 740) pada 9 Feb 2012.
