logo-perim
No 416G, Jalan Sultan Azlan Shah, Bt 2 1/2 Jalan Ipoh , Sentul 51200 Kuala Lumpur WPKL
info@perim.org
011-69371464
Follow Us
blogs
Home » PERAK  »  Program Perarakan SJK(T) Maha Ganesa Viddyasalai Sitiawan Perak Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang Ke-66.
Program Perarakan SJK(T) Maha Ganesa Viddyasalai Sitiawan Perak Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang Ke-66.

21 SEPT- PERIM PERAK - Program telah dianjurkan oleh pihak sekolah bersama PERIM Perak pada 5 Sep 23 dengan jayanya.

Pengerusi PERIM Perak, YBhg Datuk Ganesan S. M. Mani dengan ahli seramai 35 orang telah hadir ke program tersebut. Ahli PERIM Perak berketerampilan dengan pakaian lounge suit, medal & berret.

Pengurusan sekolah telah berbesar hati dengan menyampaikan penghargaan kepada ahli VKU, Lt Kol Morgan dan Wira Negara, En. Kuna Sagaran yang pernah terkena tembakan komunis semasa tembak menembak dalam operasi di hutan.

Sesi bertukar cenderahati oleh Pengerusi PERIM Perak dengan Pemangku Guru Besar, Puan Malathi Velu telah dilaksanakan. Kehadiran Veteran PERIM Perak telah memberi semangat patriotik dan motivasi kepada murid-murid untuk menyunting semangat terus maju dalam pembelajaran mahupun aktiviti- aktiviti sekolah. Ucapan Pengerusi PERIM Perak telah memberi perangsang dan semangat kepada murid-murid untuk memilih kerjaya tentera di dalam Angkatan Tentera Malaysia.