Sejarah. Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM) pada awalnya telah ditubuhkan sebagai ‘Kelab Bekas Perajurit India Malaysia’ oleh 38 orang Bekas Perajurit India Angkatan Tentera Malaysia pada 12 November 2006 di ‘Young Men’s Christian Association’ (YMCA), Brickfields, Kuala Lumpur. Tujuan utama penubuhan PERIM adalah untuk mengeratkan ‘Semangat Setia Kawan (esprit de corps) dan Silaturahim di kalangan Bekas Perajurit India Angkatan Tentera Malaysia.
- PERIM telah didaftarkan secara rasmi di bawah undang-undang ‘Pendaftar Persuruhan Malaysia’, (Nombor Sijil: 015 – 08 - SEL) pada 30 Januari 2008 dengan Mej Bhawanin A/L Jogologon (B) sebagai Presiden pertama. PERIM seterusnya telah dinaik tarafnya sebagai satu ‘Persatuan’; iaitu ‘Persatuan Bekas Angkatan Tentera India Malaysia’ mulai 14 Disember 2009. Nama, stuktur, fungsi dan peranan PERIM telah mengalami perubahan dan dikenali sebagai ‘Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia’ (Malaysian Armed Forces Indian Veteran Association) mulai 21 September 2012 selaras mendokong fungsi dan peranan ‘Jabatan Hal Ehwal Veteran Malaysia’ (JHEV). Kerajaan Malaysia telah mewartakan AKTA Veteran 2012 (AKTA 740) pada 9 Feb 2012. Dengan sedemikian, semua Persatuan-Persatuan Veteran Malaysia (PPVM), termasuk PERIM yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah diarahkan untuk mendaftar dengan JHEV. Ketua Pengarah JHEV adalah ‘Pendaftar’ (Registra) yang sah untuk semua PPVM mulai 15 Jan 2015. Pendaftaran PERIM di bawah JHEV dengan undang-undang baru telah diluluskan pada 3 Jan 2016.
PENGASAS PERSATUAN VETERAN INDIA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA |
Konsep, tatacara serta proses pengurusan dan pentadbiran PERIM (iaitu di peringkat Keb dan Negeri) adalah selaras dengan:
- Undang-Undang Malaysia, Akta 740 (AKTA Veteran 2012),
- Perlembagaan PERIM (Pindaan Tahun 2017),
- Arahan, dasar-dasar dan polisi JHEV; dan
- Arahan, perintah, polisi, tatacara dan dasar AJK Keb.
konsep dan proses perancangan, kordinasi serta perlaksanaan semua program dan aktiviti PERIM adalah berpandukan kepada pelan strategik PERIM Kebangsaan. Perlaksanaan program dan aktiviti adalah secara ‘Decentralise’ yang diselaraskan oleh PERIM Negeri.
AJK Keb adalah diamanahkan untuk menguruskan pentadbiran am PERIM keatas mana-mana perkara atau peruntukan khas yang tidak disebut dalam Perlembagaan PERIM; seperti yang ditetapkan dalam FASAL 10 dan FASAL 14. Dengan sedemikian proses dan tatacara perlaksanaan keatas perkara-perkara serta keperluan khas diuruskan oleh AJK Keb adalah seperti berikut:
JAWATANKUASA PERIM KEBANGSAAN 2023-2024
SETIAUSAHA AGUNG
PRESIDEN
TIMBALAN PRESIDEN
BENDAHARI AGUNG
PEN. SETIAUSAHA AGUNG
PENASIHAT
PENASIHAT
PEN. BENDAHARI AGUNG
PENGERUSI KEDAH/PERLIS
PENGERUSI P.PINANG
PEGERUSI PERAK
TIM. PENGERUSI SELANGOR
TIM. PENGERUSI WPKL
PENGERUSI N.SEMBILAN
PENGERUSI JOHOR
PENGERUSI PAHANG
PENGERUSI SARAWAK
JURUAUDIT
JURUAUDIT