Vanakam & Salam Sejahtera.
Majlis Penerimaan Sumbangan Deepavali daripada Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd telah dilaksanakan pada hari ini 26 Okt 23 di Punnimas Event Hall, Ayer Tawar.
Dengan berbesar hati Syarikat Vale telah menyumbangkan sejumlah 200 kotak makanan sempena sambutan Deepavali pada tahun ini untuk diagihkan kepada balu dan VKU PERIM Perak.
Di dalam majlis tersebut sebahagian kotak makanan Deepavali telah diberikan kepada balu & VKU yang telah hadir ke majlis dan selebihnya telah diagihkan mengikut Zon Manjung, Taiping, Ipoh & Batu Gajah.
Kehadiran majlis ini adalah;
Mej M.Shanmugam (B), Presiden PERIM Kebangsaan,
Datuk Ganesan, Pengerusi PERIM Perak,
AJK, Ahli2 PERIM Perak dan balu.
Tuan Mohammd Faizal bin Abdul Hadi, Maintenance Planning Manager Syarikat Vale,
Dato' Dr. U.Puvaeswaran & Datin, Pengarah Punnimas Event Management yang telah menyumbangkan penggunaan dewan, deco & PA System.
Pada keseluruhanya Majlis Penerimaan Sumbangan Deepavali telah berlangsung dengan jayanya.
Terima kasih.



















