logo-perim
No 416G, Jalan Sultan Azlan Shah, Bt 2 1/2 Jalan Ipoh , Sentul 51200 Kuala Lumpur WPKL
info@perim.org
011-69371464
Follow Us
blogs
Home » PERAK  »  Majlis Walkathon anjuran PERIM Perak di Taman Tasik Taiping sempena sambutan HUT ATM ke-90 dan Hari Malaysia pada 16 September 2023.
Majlis Walkathon anjuran PERIM Perak di Taman Tasik Taiping sempena sambutan HUT ATM ke-90 dan Hari Malaysia pada 16 September 2023.

Vanakam & Salam Sejahtera Tuan-tuan.

Majlis Walkathon anjuran PERIM Perak di Taman Tasik Taiping sempena sambutan HUT ATM ke-90 dan Hari Malaysia pada 16 September 2023.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden PERIM Kebangsaan Mej Shanmugam Muniandy (B) atas kesudian merasmikan majlis dan mengambil bahagian sepenuhnya.

Turut hadir untuk menjayakan majlis iaitu,
Timbalan Pengarah JHEV Perak, Lt Feruza Ashraff bin Ashim TLDM,
Pengerusi PERIM Kedah/ Perlis, Mej S.Gunasegaran (B),
SUK Lt Kol B.Kalaimoney (B), PDRM Taiping dan tetamu-tetamu jemputan. Keseluruhan kehadiran adalah seramai 200 orang.

Untuk maklum tuan-tuan,
seramai 40 orang murid-murid serta 2 orang guru dari SJK (T) St. Teresa Convent telah menyertai acara dan telah diberi cenderahati hamper, goodies, Sijil Penyertaan dan plague PERIM Perak.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 11 orang balu yang telah hadir dan telah diberi bungkusan barangan keperluan harian dan makanan.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 3 ahli VKU, 2 ahli AJK PERIM Perak dan seorang ahli penghargaan khas atas
jasa bakti, sumbangan dan pengorbanan kepada PERIM Perak yang amat disanjungi dengan memberi medal, pattu shawl, kalung bunga malai, plague PERIM Perak, hamper & Sijil Penghargaan.

Majlis telah selesai dilaksanakan dengan penuh meriah dan sukses bersama tetamu jemputan, Veteran & keluarga, ahli VKU, murid-murid SJK(T) & guru-guru dan isteri kepada mendiang ahli PERIM.

Ribuan terima kasih kepada Pengelola dan AJK majlis dan syabas kepada semua yang hadir dalam menjayakan majlis.

TERUS BERJUANG demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup setiap insan yang bergelar Veteran ATM

Sekian, terima kasih.

Pengerusi PERIM Perak
Datuk Ganesan S.M.Mani