22 September 2023 - Sembahyang Khas PERIM Perak sempena sambutan HUT Angkatan Tentera Malaysia Ke-90 dan Hari Malaysia di Kallumalai Arulmigu Subramaniyar Temple Ipoh.
Sembahyang khas ini telah dianjurkan oleh PERIM Perak yang merupakan aktiviti tahunan iaitu kali ini telah dilaksanakan di Kallumalai Arulmigu Subramaniyar Temple Ipoh.
Kehadiran untuk upacara sembahyang ini adalah Pengerusi Datuk Ganesan S.M.Mani, AJK, ahli PERIM Perak & keluarga, jemputan wakil ADUN Ulu Kinta En. Sharvin, staf JHEV bersama keluarga, staf PERIM Perak bersama keluarga.
Keseluruhan kehadiran dan termasuk warga awam adalah seramai 180 orang dengan makanan malam telah disediakan.
Penghormatan parivatam dan pemberian kalanji kepada semua ahli dan jemputan telah dilaksanakan.
Terima kasih
Pengerusi
PERIM Perak















